Monday, October 19, 2009

Keselamatan Jalan Raya

Konsep pengindustrian telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri kita Tun Mahathir. Pengilhaman Proton dan Perodua telah banyak menyumbang kepada industri hiliran termasuklah kesesakan lalulintas. Walaupun Proton tidak dapat menyaingi Kia Motors, Hyundai yang hampir seangkatan namun ianya adalah kebanggaan rakyat Malaysia.

Sampai bilakah kita perlu bangga dengan Syarikat tempatan bertaraf global. Syarikat tempatan British seperti Roll Royce, Rover dan Jaguar telah tergadai kepada syarikat asing. Mengapa ini harus terjadi? Syarikat sehebat Porche sekalipun boleh terjual kerana persaigan, kreativiti dan inovasi. Siapa sangka kereta kura-kura Volkswegan boleh
menjadi peneraju di Eropah. Saya percaya kejatuhan dan kehebatan sesebuah syarikat permotoran berkait rapat dengan kelemahan inovasi dan kreativiti pemasaran di peringkat global.

Setelah hampir seabad dari terciptanya Model T Ford, apa lagi yang perlu bagi pereka kereta yang mempunyai model asas yang serupa. Jika kita ingin membeli kenderaan baru, aspek keselamatan amat dititikberatkan oleh para pengeluar seperti ABS, airbag, pelbagai sensor demi keselamatan penumpang dan pengguna jalanraya yang lain Kenderaan mewah seperci Mercesdes Benz dan BMW sudah menyediakan night vision walaupun bukanlah canggih seperti peralatan ketenteraan.

Kita sebagai Kerajaan Malaysia menerima apa sahaja inovasi-inovasi keselamatan ciptaan asing. Kita tahu setiap kenderaan akan membuat pusingan U namun tiada siapa pernah mencipta signal untul membuat pusingan U walaupun dari pihak Proton kerana mentaliti mengguna pakai apa yg ada. Pihak Kerajaan pernah satu ketika mewajibkan lampu brek
ketiga di pasang di setiap kenderaan di Malaysia. Semua patuh sehingga ianya menjadi standard. Syabas kepada Menteri yang berkaitan, jasamu tetap dikenang. Walaupun kecik tapi impak keselamatannya amat besar.

Jika kita mengekspot barangan klinikal atau telekomunikasi ke Amerika Syarikat, syarat yang ketat perlu dipatuhi. Jika tidak, bermimpi la pengilang Malaysia. Kita tahu bahawa ABS, airbag dan pelbagai peralatan keselamatan kenderaan telah banyak membantu pengguna jalanraya. Mengapa kita Kerajaan Malaysia yang prihatin kepada rakyat
tidak mewajibkan pemasangan peralatan tersebut seperti lampu brek ketiga. Saya pasti Menteri berkaitan akan bingkas bangun mengatakan faktor kos boleh menyebabkan harga kereta akan melambung naik.

Orang yang kurang cerdik akan tahu, bila beli borong harganya murah. Pakar ekonomi manamakannya sebagai "Economies of Scale". Jika semua menjadi wajib, pengeluar kenderaan akan membeli dengan harga diskaun dan pihak pengeluar peralatan keselamatan menjadi lumrah menurunkan harga. Itu namanya adat berniaga. Jika contohnya harga penambahan ABS berjumlah rm5000 seunit, jika quantiti yang banyak mungkin menjadi rm3,500. Jadi pengguna mungkin terpaksa membayar rm4000 lebih tetapi cuba bayangkan dengan pelaburan tambahan pengguna mendapat kenderaan
yang lebih selamat. Kita mesti faham setiap kemalangan akan melibatakan jumlah keseluruhan melebihi rm4000 kepada rakyat Malaysia jika melibatkan pihak polis, hospital,bomba dan sebagainya.

Autobahn di Jerman tiada had laju dan United Kingdom mempunyai 110 batu sejam dan bukan 110km sejam. 110 batu sejam bersamaan 170km sejam namun statistik kemalangan jauh lebuh rendah dari kita. Apa yang menyumbangkan kepada statistik tersebut? Selain dari sikap, tahap keselamatan kenderaan mereka lebih bagus dari kita. Mungkin seorang lagi Menteri akan bangun dan mengatakan negara-negara maju masih tidak mewajipkan penggunaan ABS dan sebagainya. Perlukan kita mengikut piawaan mereka? Salahkah jika kita melebihi mereka kerana kita amat bangga mempunyai Menara Berkembar Pertronas. Tanpa sifat ingin kehadapan, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir tidak akan menrealisasikan bangunan tersebut. Saya pasti satu Menteripun tidak akan bangun mengatakan negara maju lain belum membina bangunan
setinggi itu dan perlukah kita?

Jika Kerajaan Malaysia dapat mewujudkan satu piawaan peralatan keselamatan kenderaan seperti jenis getah yang digunakan untuk viper kenderaan, tahap kecerahan lampu merah belakang kenderaan dan signal kiri kanan, jenis cermin sisi pandu belakang bagi mengelakkan blind spot termasuklah saiz minimum lampu-lampu berkaitan Malaysia akan menjadi negara contoh bagi aspek keselamatan kenderaan bermotor. Hindarkan kita dari menjadi pak turut semata-mata. Saya pernah melihat kereta Proton Tiara yang tidak mempunya RPM dan penanda suhu minyak enjin sedangkan penanda ini hanya tidak terdapat di basikal tua sahaja.

Kita perlukan beberapa orang Menteri selain dari memikirkan pengundi-pengundi dan ketua-ketua jabatan yang inovatif dan tegas dalam pelaksanaan bukan setakat mencapai tahap KPI yang tinggi. Jadikan Malaysia negara membangun yang jauh maju ke hadapan seperti yang diwar-warkan oleh Kerajaan bagi mencapai tahap K-Ekonomi yang
cemerlang.

Innovasi seperti memperlahan kan kenderaan secara automatik jika terlalu hampir dengan kenderaan dihadapan, atau mnyalakan lampu semasa waktu senja tiba dan alat pengesan kenderaan yang memasuki blind spot kiri dan kanan dapat menyelamatkan banyak nyawa pengguna jalanraya. Perlukan Proton menunggu kenderaan mewah menjadikan ianya standard baru la kita menjadi band-wagon atau pak turut. Pepatah lama "orang buat kita buat". Pepatah moden "kita buat orang buat".

Jika Kerajaan mengadakan piawaan yang ketat saya pasti pengeluar tempatan akan menjadi lebih inovatif dan keberangkalian terciptanya peralatan moden lebih tinggi. Saya yakin Proton dan Perodua tidak akan menjadi senasib dengan Rolls Royce, Jaguar dan Porche. Mereka mesti ingat kemajuan kenderaan bukan hanya terletak kepada kecanggihan dan prestasi enjin kereta Ferrari dan Laborghini telah beberapa kali
bertukar tangan.

No comments:

Post a Comment