Wednesday, October 21, 2009

Kemalangan Jalan Raya - Mengapa dibiarkan kenderaan berkilometer panjang??

Untuk mendapat maklumat tentang jumlah panjang jalan raya di Malaysia saya terpaksa mengakses laman web CIA World Factbook dan bukannya laman web tempatan seperti JKR. Mengikut laman web CIA semasa artikel ini ditulis, panjang keseluruhan jalan ialah

1. Malaysia 80,280km berturap termasuk 1,821km lebuhraya (kebanyakannya bertol). (Okt 8, 2009)

2. Thailand 180,053km berturap dengan hanya 450km lebuhraya. (Sept 30, 2009)

3. Philippines 21,677km berturap tanpa dinyatakan panjang lebuhraya.

4. Indonesia 216,714km berturap juga tanpa dinyatakan panjang lebuhraya (Okt 8, 2009)

5. Singapura 3,297km berturap dengan hanya 150km lebuhraya (Okt 7, 2009)

6. Vietnam 42,167km berturap tanpa dinyatakan panjang lebuhraya. (Okt 13, 2009)

Dengan keluasan tanah, peratus jalan ialah seperti berikut. Sebenarnya lebih tepat jika saya dapat mengira keluasan jalan raya sebagai peratus keluasan tanah :)

1. Malaysia 328,657km persegi tanah - 24.4% ie. 80,280km/328,657km persegi

2. Thailand 510,890km persegi tanah - 35.2%

3. Philippines 298,170km persegi tanah - 7.2%

4. Indonesia 1,811,569km persegi tanah - 11.9%

5. Singapura 687km persegi tanah - 480.0%

6. Vietnam 310,070km persegi tanah - 13.6.%

Jika kita melihat statistik yang tidak bertauliah di atas didapati Singapura mempunyai jaringan jalan raya yang paling komprehensif diikuti oleh Thailand dan seterusnya negara kita Malaysia. Saya yakin, pembinaan jalan raya tidak akan berhenti selagi adanya kenderaan bermotor dan akan terus memanjang.

Saya difahamkan bahawa terdapat lebih dari 17 juta kenderaan berdaftar di Malaysia. Mengikut CIA, (CIA lagi...) jumlah penduduk Malaysia ialah melebihi 25 juta pada Julai 2009. Ini bermakna jumlah kenderaan ialah hampir 70% dari jumlah penduduk. Banyak tu.....

Secara peribadi saya dapati terdapat peningkatan kesedaran pemanduan berhemah terutamanya di Bandaraya Kuala Lumpur, dan Melaka. Contohnya jika terdapat sesebuah kenderaan yang ingin memasuki/membelok ke jalan utama, ramai yang akan memberi "jalan" kepada kenderaan yang menunggu. Bagi negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat, ianya adalah sebati di dalam adat pemanduan setempat termasuklah negara jiran kita Singapura. Letak sahaja kaki di "Zebra Crossing", secara automatik kenderaan akan berhenti memberi laluan tanpa kita perlu mengangkat tangan dahulu untuk melintas. Jika di Kuala Lumpur dan Melaka, kebanyakkan pejalan kaki masih ragu-ragu melintas jalan di atas "zebra crossing" kerana masih ramai pemandu yang tidak menghiraukan keselamatan pengguna yang tidak bermotor ie pejalan kaki.

Kekurangan disiplin dan ketidaksopanan pengguna (bermotor je la...) ini banyak meyumbang kepada kemalangan jalan raya. Kes-kes akan meningkat terutamanya pada musim perayaan disebabkan, mungkin pulang lewat malam terbabas kerana melihat hantu raya, atau terpaksa memandu laju disebabkan sakit perut terlebih makan biskut raya, ataupun memecut kerana terpaksa menghantar baju raya yang siap "last minute". Bermacam-macam faktor kemalangan boleh dijelakan di sini.

Di bandar-bandar besar yang padat dengan kenderaan, amat sensitif kepada kemalangan walau sekecil mana pun. Setiap Kecelakaan boleh menyebabkan kenderaan bersesak-sesak sehingga berkilometer panjang. Ini banyak menyumbangkan kepada pencemaran alam, kerugian masa dan kos yang tinggi kepada kerajaan dari segi pengerahan pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes tersebut. Itu tidak termasuk kos yang perlu di tanggung oleh pihak swasta/persendirian dari segi kelewatan ke pejabat, pergaduhan sesama insan yang di lamun cinta atau pasangan yang kuat cemburu. "Asyik-asyik jam, asyik-asyik jam......" hahahahaha

Bagi kes yang melibatkan kehilangan nyawa, maka terpaksa lah pengguna jalan raya menunggu dengan penuh kekecewaan kerana "laju semut dari mereka". Pihak polis, bomba dan ambulan terpaksa di kerah ke tempat kejadian bagi menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang.

Jika kita mengkaji tamadun yang lepas, manusia akan sentiasa maju ke hadapan. Jika dulu berjalan kaki, berlari anak, ber'lembu'....ermmm perkataan yang tidak sesuai. Jika berkuda itu boleh di terima pakai sehingga berkereta. Walau apa cara pun, kemalangan tetap berlaku. Kadang-kadang boleh membawa ke jinjang pelamin. Cuba lihat sedutan drama di bawah:-

Seorang jejaka yang segak tidak seberapa sedang membeli bunga segar di kaki lima. Selepas membayar, dia terus melangkah tanpa menoleh atau memberi lampu isyarat kiri atau kanan. Pada ketika itu lah, si cantik molek tinggi lampai bertumik tinggi yang entah dari planet mana tiba-tiba berjalan laju sambil memeluk kertas putih bersaiz A4 berjenama Double A melanggar bahu si jejaka. Maka berlaku lah satu kemalangan yang melibatkan bukan kehilangan jiwa, tetapi menyatukan jiwa. Si cantik molek sudah tiada kisah Double A ke, Tripple A ke, yang penting si A tu. Memendekkan cerita, bersms lah mereka berdua sehingga kawan-kawan pun merima kad jemputan makan nasi minyak.

Jika banyak kemalangan seperti ini berlaku maka polis, bomba dan ambulan berkemungkinan akan diserapkan ke Jabatan Kadi Malaysia...hehehehehe. Namun realitinya bukan seindah cerita pendek di atas. Ramai pengguna terpaksa disorongkan ke bilik kecemasan dan balutan mummi menjadi pandangan umum.

Berbalik kita kepada kemajuan masyarakat samada dari segi sosial atau pun teknologi. Kenderaan menjadi semakin canggih dan dapat di pandu laju dengan selamat. Bandar-bandar besar dihubungkan yang memendekkan jarak perjalanan. Namun kemalangan tetap akan berlaku. Banyak kemalangan maut menjadi paparan akhbar di muka hadapan. "Treler terbabas, 15 nyawa melayang", "Lori Kapas Melintang Jalan, Jalan Sesak 8 km", "Balik Kampung 14 jam kerana kemalangan kecil".

Semua adegan-adegan di atas merugikan semua pihak. Samada kerajaan memerintah atau pun calon yang tewas di pilihan raya. Mengapa tiada satu pihak pun yang boleh menyelesaikan kemalangan-kemalangan yang melibatkan kesesakan berkilometer ini dengan bijaksana. Kita mungkin pernah melihat pembalakan moden menggunakan helikopter. Berita-berita tempatan juga menawarkan pandangan berbeza kepada penonton dari sudut udara. Jika sekadar melaporkan terkini dari udara tanpa menyelesaikan yang terlibat bukan cara orang berpolitik yang melaungkan perkataan "akar umbi"

Undang-undang menusia tetap berubah mengikut masa kecuali Al-Quran yang diwahyukan untuk sepanjang zaman. Jika setiap kemalangan memerlukan jurufoto pihak berkuasa untuk mengambil bukti-bukti makamah, mengapa tidak kita menadaptasikan teknologi yang lebih moden dalam menyelesaikan kes-kes nasional seperti Kemalangan Bas Mutiara di Cegar Perah satu ketika dahulu. Jika Kerajaan mampu membeli kapal selam scorpion untuk menjaga perairan negara, membina projek-projek gergasi, mengapa Kerajaan tidak mem"mampu" untuk membeli Helikopter yang dapat menyelesaikan kemalangan maut ini dengan lebih cepat dan berkesan. Sememangnya Bomba mempunyai beberapa biji helikopter tetapi di mana mereka ketika kemalangan maut terkini?

Jika terdapat helikopter yang dapat mengangkat kereta kebal ke medan perang, sudah semestinya mampu memindahkan kenderaan kecil dan berat seperti treler yang melintang jalan. Cuba bayangkan drama bersiri di bawah:-

Sebuah kemalangan maut melibatkan kenderaan berat (memang berat, nak angkat dengan tangan tak boleh) dan bas ekspres. Pihak berkuasa mendapat maklumat sejurus kejadian. Jalan mulai sesak disebabkan cuti panjang dan kemalangan pula melintangi jalan. Jabatan Udara Kecemasan di Kuala Lumpur diarahkan ke tempat kejadian, 30 min penerbangan. Walaupun waktu makin senja, peralatan telah siap untuk digunakan. Pegawai Penyiasat, Jurufoto, Paramedik turut serta. Seperti jangkaan, spotlight terpaksa digunakan bagi kerja-kerja pengumpulan bukti. Pada masa yang sama, paramedik dan orang ramai membantu mereka yang tercedera. Disebabkan jalan yang sempit, pokok besar di kedua-dua belah jalan, para "pembalak" terpaksa menebang bagi pendaratan helikopter. Polis, Ambulan dan Bomba terdekat telah tiba di tempat kejadian lebih awal. Selepas mayat dikeluarkan, helikopter tersebut akan mengangkat kenderaan yang terlibat ke tepi jalan bagi memberi laluan kepada kenderaan lain meneruskan perjalanan tanpa menunggu berjam-jam jika mengikut tamadun mesopotamia.

Bayangkan anda menjadi pelakon tambahan dalam drama bersiri di atas. Jika dulu kita terpaksa menunggu sehingga 2 kali mimpi, sekarang ianya dapat diselesaikan tidak lebih dari dua jam bagi kenderaan untuk meneruskan perjalanan. Jika lah ditakdirkan kemalangan bertaraf nasional berlaku serentak di tempat yang berlainan, saya masih percaya tempoh kesesakan dapat dikurangkan kerana helikopter yang sama dapat menuju ke destinasi dalam masa yang singkat.

Dari segi faktor kos, cuba bayangkan kenderaan yang terlibat dalam kesesakan terpaksa membakar bahan api negara dengan kadar yang tinggi. Bukan sebuah, tapi beratus malah boleh mencapai beribu buah.

1. Adakah pembaziran tersebut tidak memberi kesan kepada negara?

2. Apakah pembakaran yang tidak "efficient" itu tidak mencemarkan alam sekitar?

3. Tidakkah pergerakkan enjin memendekkan jangka hayat kenderaan?

4. Pekerja-pekerja kerajaan sudah pastinya akan di bayar elaun khas mengikut masa. Apakah ini bukan kos kepada kita semua?

Itu tidak termasuk faktor-faktor sosial yang lain seperti anak kecil menangis kepanasan, kelewatan menghadiri majlis perkahwinan dan mesyuarat, jugaanak-anak yang yang akan mengadap ibu mereka yang sedang nazak buat kali terakhir.

Bukan kah ini kos yang boleh di kira secara ilmiah oleh pakar-pakar ekonomi seperti mewajibkan penggunaan lampu brek ke tiga. Apa rasionalnya? Mesti lah sesuatu yang dapat menjimatkan wang rakyat.

Fikirkan lah pihak yang memerintah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment